Monday, 4 July 2011

4 kali tengok cete Karak huhu

Korang dah tengok ke belum cerita Karak.. Agak Seram jugak la. Betul ke peristiwa macam tu pernah jadi dekat Karak. Aku dulu penah jugak dengar cete dari nenek dan mak aku. Jalan Karak tu memang berhantu. Nak-nak yang lalu kat situ mulut celupar. Memang la cari nahas.


Aku terjebak tengok cete nie, masa aku lalu depan 7e. Adalak cina nie jual Cd Karak.. Tapi aku beli yang Ori ek, bukan cetak rompak ahahaha. Dalam tengah belek-belek cete ternampak lak "KARAK" duh nak beli ke tak. Aku ape lagi tanya anak mak kat sebelah suruh dia beli. Tapi masalahnye dia pun takut nak tengok. Macam ne ni ek.


Aku paksa jugak anak mak nie beli, nasib ar dia nak tengok ke tak nak ke. Dia tetap kena teman aku tengok huhu... Anak mak cakap kat aku jangan buat hal nak tengok ari nie malam jumaat ahahahah. Aku pun terpikir, ada betul jugak cakap dia. Macam ner ek, ati nak tengok jugak. Atlast kita orang beli gak.


Aku tengok jam dah dekat pukul 12mlm. Sampai je umah. Malam-malam buta aku dok memasak, klentang klentung bunyi kat dapur. Anak mak layan cete lain dulu. Siap je masak, apa lagi aku suruh pasang cete Karak. Masa tu lebih kurang dekat pukul 2am. Dengan bangga konon, tengok cete tu bersama pintu balcony rumah terbuka luas..

Tak sampai 15minit, aku dengan klang kabut lari masuk bilik. Bukan apa ambil bantal nak tutup muka. Barulah trill sikit huhu.. Ada gak la adegan-adegan nak gugur jantung.. Sambil-sambil tu dah penat duduk aku baring...last-last sedar-sedar aku tertido.. Dengan anak mak pun tertido. Tu yang jadi sampai 4 kali tengok Karak, asik tutup mata dengan bantal ahahaha...
 
 

Bermulanya Cinta3

Hari-hari yang dilaluai terasa pantas. Masuk hari ini sudah dua hari Aaron tidak menghubunginya. Bell merasa gelisah, baru perasaan sayang hendak berputik dihatinya. Dia cuba melelapkan mata yang tidak mengantuk itu. Kepalanya masih berfikir mengapa Aaron tidak menghubunginya.

Bila aku call dia ada-ada aje alasan yang diberi. Kerja lah dan macam-macam lagi. Hati kecil Bell terasa seperti ingin menangis. Jari jemarinya digagahi juga menekan-nekan nombor Aaron. "Hello" kedengaran suara Aaron dihujung talian. "Salam sayang you apa khabar?" Bell cuba mengawal emosinya. "Baik, nanti i call you. I dekat rumah" Aaron terus mematikan talian.
 
Tiba-tiba Bell menerima pesanan SMS dari Aaron. "Sayang, terlebih dahulu i meminta maaf pada you. I terpaksa berterus terang pada you, sebenarnya selama ini i telah mempunyai isteri dan seorang anak. I nak you tahu kerana i sayangkan you dan i harap you dapat terima diri i seperti dahulu. I baru keluar dari Hospital dan sekarang berada di rumah emak i di Selayang. Buat masa ini mereka menjaga i dan sekarang i sudah beransur pulih. You jangan risau, nanti i akan hubungi you"

Terkedu Bell selepas membaca sms itu. Katakan yang ini semua tidak benar. Bell meraung sekuat hati dan cuba meyakinkan dirinya, bahawa Aaron buat begitu kerana sayang padanya. Tapi semua itu seperti tidak boleh diterima oleh akal. Bell menangis sepuas hatinya. Patutlah selama ini bermacam-macam alasan diberikan oleh Aaron padanya.

"Kau kejam Aaaron!!! Kau kejam!!!" Bell menjerit sekuat hati. Iris yang berada diluar berlari mendapatkan Bell. Diketuk pintu bilik Bell "Bell..Bell..kau kenapa? Buka pintu ni". "Takpa Iris, biarkan aku sendiri buat sementara waktu" dengan suara yang semakin reda dan terisak-isak. "Nanti aku cerita semua pada kau ye". Iris mengangguk faham dan terus beredar.

bersambung