Hari-hari yang dilaluai terasa pantas. Masuk hari ini sudah dua hari Aaron tidak menghubunginya. Bell merasa gelisah, baru perasaan sayang hendak berputik dihatinya. Dia cuba melelapkan mata yang tidak mengantuk itu. Kepalanya masih berfikir mengapa Aaron tidak menghubunginya.
Bila aku call dia ada-ada aje alasan yang diberi. Kerja lah dan macam-macam lagi. Hati kecil Bell terasa seperti ingin menangis. Jari jemarinya digagahi juga menekan-nekan nombor Aaron. "Hello" kedengaran suara Aaron dihujung talian. "Salam sayang you apa khabar?" Bell cuba mengawal emosinya. "Baik, nanti i call you. I dekat rumah" Aaron terus mematikan talian.
Tiba-tiba Bell menerima pesanan SMS dari Aaron. "Sayang, terlebih dahulu i meminta maaf pada you. I terpaksa berterus terang pada you, sebenarnya selama ini i telah mempunyai isteri dan seorang anak. I nak you tahu kerana i sayangkan you dan i harap you dapat terima diri i seperti dahulu. I baru keluar dari Hospital dan sekarang berada di rumah emak i di Selayang. Buat masa ini mereka menjaga i dan sekarang i sudah beransur pulih. You jangan risau, nanti i akan hubungi you"
Terkedu Bell selepas membaca sms itu. Katakan yang ini semua tidak benar. Bell meraung sekuat hati dan cuba meyakinkan dirinya, bahawa Aaron buat begitu kerana sayang padanya. Tapi semua itu seperti tidak boleh diterima oleh akal. Bell menangis sepuas hatinya. Patutlah selama ini bermacam-macam alasan diberikan oleh Aaron padanya.
"Kau kejam Aaaron!!! Kau kejam!!!" Bell menjerit sekuat hati. Iris yang berada diluar berlari mendapatkan Bell. Diketuk pintu bilik Bell "Bell..Bell..kau kenapa? Buka pintu ni". "Takpa Iris, biarkan aku sendiri buat sementara waktu" dengan suara yang semakin reda dan terisak-isak. "Nanti aku cerita semua pada kau ye". Iris mengangguk faham dan terus beredar.
bersambung
No comments:
Post a Comment