Thursday, 2 June 2011

Bosan tahap gaban

Salam,  hari ini masuk dah bulan Jun. Rasa cepat je masa berlalu... Bosan pun ada gak. waktu lapang aku banyak habiskan dengan tido, makan dan tengok tv. Arggh...cam ne ek. Aktiviti harian aku buat masa ni memang lah langsung tak menarik. Pagi-pagi bangun, kemas umah selebihnya melepak. 

Nak tunggu sepupu aku yang dua ekor ni memang jarang ar bangun awal....hehe... Kalau dorang tau aku ngutuk, mesti suara dia orang satu condo ni leh dengar. Aku pun seperti biasa tak tau nak wat apa, mula la tercari-cari kerja nak dibuat. Nak melukis..peralatan tak cukup. Nak keluar malas pulak tu.

Main PSP je la... Satu perangai buruk aku ni, aku sanggup tahan lapar sebab musabab nya...hehe.....aku malas nak masak. Bukan aku tak pandai masak, cakap je la nak makan pe huhu... tapi bila vitamin M tu dah ada cop mohor kat kepala aku ni... lupakan je la.

Aku lagi sanggup start kereta, pergi balik makan kat umah mak aku. Mentang-mentang lah rumah mak aku dekat kan ahahaha. Aku tengah dok pikir apa aktiviti aku nak buat arini.... Ni la pasal kalau holiday mood tak hilang-hilang lagi dari bulan satu sampai hujung bulan lima... Memang tersangat parah dah aku ni...

Ok la aku rasa aku nak layan pergi Guardian ... nak buat sesuatu dengan rambut aku ni... Arios

Bermulanya Cinta2

Sesampai di perkarangan rumah, Aaron memandang lembut ke wajah Bell. Tangannya menekan-nekan butang radio mencari-cari siaran di pagi yang sunyi itu. "Bell, i nak you percaya pada i. Tak semua lelaki sama seperti yang you pernah kenal. I mengaku, memang dulu i Playboy. Tapi bila sampai satu tahap semua itu i rasa dah tak berfaedah pada diri i. I telah belajar dari kesilapan i yang lalu." Aaron menggenggam lembut tangan Bell.


Bell cuma menganggukkan kepala tanda menerima penjelasan Aaron. "I memang suka pada you Bell. Sopan santun, hormat orang tua. Itu yang i cari dalam diri seorang perempuan". Bell termenung jauh, hati kecilnya berkata." Thanks Aaron". "Ok lah dah pukul berapa ni. You nak i hantar you naik atas ke?". Tersentak Bell, dia memandang muka Aaron. "Mmm... tak payah lah. I boleh naik sendiri". "Sure, you tak tak takut?" Aaron tersenyum sinis.

Bell mencium tangan Aaron sebelum melangkah turun dari kereta. "Ah lantak lah dia nak cakap apa. Memang aku dah biasa cium tangan sebelum aku meninggalkan orang yang aku sayang" Bell mendengus di dalam hati. "Take Care tau. Jalan baik-baik". Bell melambai ke arah Aaron sambil langkahnya laju menuju ke lift. Aaron memandang Bell hingga lenyap dari pandangannya.


Sesampai dirumah Bell cuba mencari bayangan rakannya. "Hah apa cete" Iris menjerit dari balik pintu. "Kau ni buat terperanjat aku je pagi-pagi ni. Hish simpang, naik bulu roma aku" marah Bell pada Iris. "Ala jangan la marah..hehehe" Iris cuba memujuk Bell. "So apa cerita? macam mana dengan date kau hari ni?" Iris cuba mengorek rahsia. "Not bad, ahahah". "Dah jatuh cinta la ni? Cuba kau cakap dengan aku Bell" Iris dengan perasaan tidak puas hati.


"Entah lah, aku memang suka pada dia. Tapi kau tau lah, aku takut jadi macam aku dengan Hanz". "Kau jangan jadi bodoh Bell, ini peluang kau. Cuba kau buka pintu hati kau untuk terima dia. Mana tau dia memang jodoh kau. Lupakan pasal si Hanz tu. Aku sebagai sahabat kau, akan sentiasa bagi sokongan pada kau" Iris cuba meyakinkan Bell. Memang betul kata Iris tu, hati Bell mula berkata-kata. Aku akan cuba terima dia, itu pun kalau aku boleh sayang dia.




Bersambung.....