Wednesday, 25 May 2011

Kenali Diri Anda

Seruan Kenalilah diri sendiri adalah seruan yang dianggap amat merumitkan. Manusia lebih gemar menganalisis diri orang lain berbanding dirinya sendiri. Mengenal lelaki atau wanita sebelum mengenal diri sendiri akan mengakibatkan anda tidak mengenali apa yang sepatutnya anda kenali.

Mengenal diri sendiri sebelum mengenal orang lain adalah penting untuk mengelakkan salah faham atau salah tafsiran yang bersebab dari bias peribadi sendiri. Mungkin sifat orang yang dikenali itu sebenarnya baik tetapi dianggap tidak baik hanya kerana ianya tidak sesuai dengan sifat diri sendiri yang tidak baik. Dalam hal ini, si pengenal itu sendiri yang patut mengubah perangai negatifnya bukan orang yang dikenalinya.

Mengenali diri sendiri adalah satu proses yang tiada penghujungnya. Malah boleh dikatakan tiada manusia normal yang berani mendakwa bahawa dia benar-benar telah mengenali dirinya. Ini kerana kejadian manusia itu sendiri adalah kompleks dan proses mengenal juga menjadi kompleks.

** Ya tuhan kami,  janganlah menyesatkan kami sesudah engkau memberi petunjuk, dan berilah kami rahmat dari hadapanmu, sesungguhnya engkau maha pemberi....