Adakah anda pernah terkena??? Kadang-kadang kita sendiri terpikir kenapa orang-orang macam ni sanggup mencemarkan nama sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati.Salah Satu mungkinkah mereka ini terlampau terdesak Dan ingin merasa apa yang tidak pernah mereka rasai selama ini, dengan jalan mencatas atau mempergunakan kawan-kawan Adalah cara yang paling berkesan untuk mengeksposkan diri.
Perkara-perkara begitu sudah menjadi Satu trend yang meluas dikalangan golongan2 yang hipokrit. Mereka juga Akan merasa bangga jika apa Saja yang mereka lakukan membuahkan hasil yang berlipat ganda, tapi kalau hasil dia ciput macam mana ahahahaha....
Kerana tidak menggunakan akal yang diberi, tanpa memikirkan hati yang mereka sakiti Dan khianati, golongan ini Akan merasa Satu kepuasan jika diri mereka diterima tanpa memikirkan apa yang Akan mereka hadapi di kemudian hari.. Wahai KAWAN janganlah kau terlalu asyik dengan dunia barumu merampas semua kebahagian rakan-rakanmu yang pernah menolong dan ingin kamu menjadi yang terbaik supaya kamu meninggalkan perangai kamu yang lalu.
Kami juga tahu kami bukanlah yang terbaik untuk mengharungi dunia sementara ini, tetapi ini lah yang di panggil "THAT'S WHAT FRIEND'S ARE FOR". Tidak salah jika kita menasihati antara Satu sama lain untuk memperbaiki diri masing-masing, Asalkan kita tidak mengkhianati rakan-rakan yang telah banyak membantu kita. Persahabatan tidak perlu dibayar dengan Wang ringgit ia Cuma memerlukan sebuah kepercayaan.
Selalunya golongan ini Akan menjalankan operasi mereka secara rahsia Dan jika perkara yanv mereka lakukan memang sudah terang-terang salah, mereka Akan Cuba menutupi kesalahan mereka sebaik mungkin agar tidak ketara di kalangan rakan-rakan. Pepatah Ada berkata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya Akan jatuh ke tanah jua...
Cubalah kau renung sedalam-dalamnya KAWAN Dan tarik nafas panjang-panjang. Pernahkah kau terpikir rakan-rakan yang Cuba kau pijak Dan khianati itu lebih cerdik akalnya Dari kamu. Kamu masih tak serik-serik dengan perbuatan lalu. Rakan-rakan inilah yang telah mengutip kamu dari Lebih terjerumus kekancah bohsia. Tapi memang sia-sia apa yang telah mereka lakukan.
Dalam diam mereka masih membuat perangai lalu Dan dengan bangga juga mereka memperjudikan harga sebuah persahabatan. Rahsia kamu telah diketahui, Perselisihan faham diantara rakan-rakan boleh dibawa berbincang tapi bukan membalas dengan cara yang keji Dan tidak berakal. Tapi mereka juga tidak boleh menyalahkan kamu, kerana kamu memang sudah terbiasa dengan perangai yang irihati, dendam Dan sanggup berbuat apa Saja.
Musuh dalam selimut beginilah yang paling kita takuti Dan sering berada disekeliling kita. Dengan itu jikalau ingin memilih kawan kita harus lah berhati-hati. Kerana hati yang tak berhati-hati dalam memilih hati Akan disakiti Oleh HATI yang tak berhati perut...;p
Ingatlah sesuatu yang Baik akan dibalas Baik, sesuatu yang dilakukan dengan perasaan busuk hati Akan dibalas setimpal dengan apa yang dilakukan...
Friday, 23 December 2011
Sunday, 18 December 2011
Egokah aku
Da lama jugak aku tak masuk blog ni.. selama tu jugak la macm-macam hal telah terjadi.. Semua perkara terjadi macam mimpi. Sedihnye huhu. Rasa sunyi tu tak tau la nak cakap macam mana. Cuma orang-orang yang rasa kehilangan macam aku ni je dapat rasa. Sebab benda-benda ni juga la yang buat aku nak menangis.
Tiba-tiba pula pukulan cerita OMBAK RINDU. Memang terbaik lah tu, terombak-ombak menangis dengan aku pun layanzzzz cerita ni. Tak nak mengalah hehe aku tengok sampai 3 kali tu semua disebabkan gandingan pelakon-pelakon yang mantap, terutamanya Aaron Aziz dan Maya Karin..
Memang tak rugi pun tengok sampai 3 kali. Memang ramai yang berjiwa sentimental rupanya. Kalau tak cerita takkan jadi Box Office. Yang paling tak percaya la kan, selalunya mamat-mamat ni bila girlfriend or wife ajak pergi tengok wayang cerita cinta sikit mesti ada je alasan. Tak best la, tak layan la, lelaki mana macho tengok cerita-cerita macam tu.
Tapi sebenarnya tu alasan je, biasa la ego lelaki ahahah. Kalau tak percaya masa Movie Ombak Rindu ni aku tengok ramai gak orang beratur nak beli tiket. Biasa la aku memang tak kan terpikir yang ramai-ramai semua akan beli untuk cerita cinta kan..
Masa nak masuk panggung orang pun tak sabar-sabar nak cari tempat. Aku pun tengah duduk relax melayan handphone sementara nak tunggu cerita mula. Tiba-tiba aku dengar
kat belakang aku suara orang ketawa, tapi perlahan je. Malas aku nak pusing, lepas tu makin menjadi-jadi, saje je aku tengok belakang....nah ambik ko ahahaha. Mamat-mamat datang tanpa girlfriend or wife. Ada la dalam 4 orang kat belakang aku, bila aku pusing belakang dorang terus tersenyum ala-ala kucing kwang kwang.
Malu ke ahaha tu la lain kali jangan lah ego sangat. Atlast pergi senyap-senyap... Sebab apa aku cakap macam ni, sebab bila cerita dah abis dan sebelum lampu terpasang, dorang ni lah yang pertama bangun dan keluar cepat-cepat, lepas tu jalan dah macam charlie chaplin ahaha takut orang nampak.. hehe Yang paling best ada mamat ni mengaku tengok Ombak Rindu 3 kali, pergi layan tengok sorang-sorang pulak tu.. huhu
Sebenarnya hati lelaki ni lembut, cuma luaran mereka dan keegoan mereka membuatkan mereka terpaksa menidakkan kebenaran. Memang tak salah, tapi perkara macam ni lah selalu membuat sesuatu hubungan menjadi tegang. Cuba ambil panduan cerita Ombak Rindu, tentang keegoaan seorang lelaki....mesti boleh jadi yang terbaik.
Subscribe to:
Comments (Atom)