Wednesday, 12 December 2012
Legendary Butterfly: Bermulanya Cinta Akhir
Legendary Butterfly: Bermulanya Cinta Akhir: Tiada apa yang perlu difikirkan lagi. Aku harus membuat kata dua, tinggalkan Aaron atau bersama Aaron. Bertambah buntu fikiran Bell. Dia tah...
Legendary Butterfly: Egokah aku
Legendary Butterfly: Egokah aku: Da lama jugak aku tak masuk blog ni.. selama tu jugak la macm-macam hal telah terjadi.. Semua perkara terjadi macam mimpi. Sedihnye huhu. Ra...
Legendary Butterfly: Kehidupan
Legendary Butterfly: Kehidupan: Kadang kala kita mencari-cari apakah silap di dalam sesuatu perhubungan. Antara sedar dan tidak naluri dan nafsu menguasai semuanya. Tin...
Kehidupan
Kadang
kala kita mencari-cari apakah silap di dalam sesuatu perhubungan.
Antara sedar dan tidak naluri dan nafsu menguasai semuanya. Tindak tanduk di luar kawalan dan penuh emosi membuat kita lupa apakah tujuan yang sebenar.
Walaupun di masa yang lalu kita pernah jatuh dan hampir tersungkur namun kita harus menerima hakikat dan yakin bahawa suatu masa dan ketika kita mampu menjadi seperti mereka yang mampu berdiri di kaki sendiri tanpa mengharap pada mereka yang lancang berkata.
Berjanji pada diri sendiri untuk tidak menyakiti orang lain, namun kadang-kala kita tidak mampu menunaikannya. Semua yang manis akan bertukar menjadi pahit di sulam kata-kata ungkitan, cacian, makian dan hilanglah sinar dari sudut hati kecil yang makin terluka.
Hidup kita di dunia umpama sebiji bola yang boleh di tendang-tendang, siapa yang melepasi halangan akan berada di atas. Kejayaan mereka juga adalah hasil titik peluh mereka yang berada di belakang, dengan penat lelah mereka menolong tanpa merungut untuk menjayakan sesuatu yang di ingini. Setelah selesai memerah tenaga mereka jangan lah mereka di abaikan.
Selagi perasaan ego menguasai diri, selagi itulah kita tidak akan sampai ke penghujung. Apa yang di cari ada di sekeliling, tidak kira masa walaupun sesaat, namun kerana alpa kita seakan tidak melihat keindahan yang di beri kerana semuanya dikaburi suara-suara hasutan.
Tuhan memberi kita akal untuk berfikir, supaya kita sentiasa mengeluarkan kata-kata yang indah pada orang yang kita sayang. Keindahan dan keajaiban di dunia ini hanyalah pinjaman untuk kita semasa hidup untuk kita menjadi lebih terbaik atau sebaliknya.
Setiap perbuatan perlulah dibuat dengan ikhlas dan tanpa paksaan. Waktu harus di beri untuk menguatkan emosi untuk mereka yang pernah jatuh. Sambutlah tangan mereka dengan ikhlas dan ajarilah mereka dengan penuh kasih sayang. Amat besar pahala yang di beri pada kita.
Buanglah perasaan ego untuk seketika dan berfikirlah secara matang. Kerana keegoan diri kesalahan yang kecil mampu menjadi api dan kerana keterlanjuran kata-kata tidak akan akan dapat mengembalikan orang yang kita sayang.
Dengan terbitnya perasaan cemburu bercampur amarah dan juga suka membuat kesimpulan dengan sendirinya tanpa mereka sedari ini akan melukakan satu hati yang telah lama bertahan demi mereka yang dia sayang, namun hati ini hanya mampu mengalirkan airmata yang tidak sepatutnya di titiskan buat mereka yang berhati seperti seketul batu jalanan.
Hargailah kepayahan mereka yang telah sedaya upaya mencuba untuk menjadi yang terbaik dengan hanya berbekalkan janji dan kasih sayang. Setiap detik perjalanan nadi dan mengalirnya darah ke seluruh tubuh menjadikan mereka seorang yang lebih berusaha, kuat dan tabah.
Tiada yang indah melainkan rezeki yang diberi oleh Allah dan hanya dia yang maha mengetahui. Setiap orang diberi jalan hidup yang berbeza-beza, sentiasalah minta yang terbaik untuk diri kita dan untuk orang-orang yang kita sayang. Semoga hari yang mendatang akan lebih diberkati dan menjadi terbaik untuk kita.
~~~ ;) ~~~
.
Tuesday, 11 September 2012
Ceriakan hari :)
Duduk-duduk ni. teringat plak kat blog yang lama sangat dah aku tak jenguk. Maklumlah aku ni idea tu kejap ada kejap tak de hehe. Nak guna laptop ni sekarang pun dah nak kena berebut ngan anak-anak. Sorang kiri pengang ipad, sorang lagi kanan dah bawa lari laptop... Aduh.... nasib baik anak.
Sekarang aku dah busy ngan kerja.. Masa-masa terluang tu kadang-kadang aku penuhi dengan tido je la. Apa lagi nak buat... Nasib la tinggal ngan family, kalau tak kalut gak hidup aku ni... Buat kawan-kawan, aku bukan tak nak keluar dengan korang. Cuma masa tu tak berapa nak mengizinkan. Masa-masa lapang, aku banyak habiskan dengan orang-orang tersayang...
Apa lagi ek aku nak tulis ni.. memang sah-sah aku dah ketandusan idea ahahah. Yeeay esok saya cuti... Dah jadi macam budak-budak lak ahaha..
ok See ya Next time...tu tak tau la bila ye
Subscribe to:
Comments (Atom)