Wednesday, 13 November 2013

Kekasih Yang Tak Dianggap Kekasih

Aku tau korang mesti tau apa maksud Kekasih Yang Tak Dianggap Kekasih. Berbagai andaian kita boleh beri dari maksud ni. Menjalani hidup seperti sepasang kekasih tapi pada hakikatnya, mereka hanyalah kawan rapat yang sentiasa ada di masa kita memerlukanya. Mereka yang berada di situasi ni, kadang-kadang tidak tak tahu apakah jawapan pada hubungan sebegini.

Adakah di sebabkan perasaan ego masing2 yang tidak mahu meluahkan apa yang terpendam. Hubungan begini dibiarkan berpanjangan kerana ada yang berpendapat, lebih mesra dan lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain. 
 
Keburukan dan kebaikan pada hubungan begini, akan mempengaruhi emosi individu itu sendiri. Mungkin taraf hidup yang semakin moden, perasaan bukan menjadi peranan yang penting. Cukup hidup di temani orang sekeliling dan tanpa sedar mereka ini sebenarnya hidup dalam kesunyian...



Cuba kita fikir, mengapa tuhan beri seorang kekasih untuk bersama kita di dalam susah dan senang, walaupun didalam hati ada perasaan sayang tapi takut untuk menerima kenyataan kerana pada mereka masih lagi ingin mencari teman yang lebih baik dari teman yang ada bersamanya... kerana lumrah manusia tidak akan puas dengan apa yang mereka ada. Sebenarnya mereka yang bersama kita di kala susah dan senang itulah yang tuhan berikan untuk kita dan itulah kekasih sebenar kita... tapi mata kita telah dikaburi.

Cuba kita tanya diri kita...kenapa kita masih merasa tidak sempurna pada rakan atau kekasih yang tak dianggap kekasih ini. Masing2 mempunyai perasaan yang terbuku lama, tidak mahu diluahkan kerana takut menjejaskan persahabatan. tapi... pernahkah kamu rasa, bila kita bersama yang lain.. hidup seakan kosong dan kita merasa satu kehilangan. seperti ada yang tak lengkap dalam hidup kita. kita mula membezakan antara A dan B.

Sedarlah...apa yang kita ingini sebenarnya berada dekat dengan diri kita. Itulah sebenarnya kekasih yang kita tercari2 selama ini. Seberapa lama kita boleh hidup dalam dunia begini.... Keputusan di tangan kita... Cuba mencintai dan menerima orang yang mencintai kita... insyaallah...

No comments:

Post a Comment